SJK ( C ) Tung
Kwong terletak di Sg. Padi iaitu kira-kira 13 kolimeter dari Bandar Bintangor
dan 3 kilometer dari jalan Tg. Genting.
Sejarah SRB Tung Kwong bermula di
sebuah Gereja Katolik pada tahun 1933.
di sebabkan oleh kekurangan tempat untuk menampung jumlah murid yang
semakin bertambah, penduduk-penduduk yang diketuai oleh Encik Sia Neang Sing
pun menubuhkan Lembaga Pengurus Sekolah dan mengutip derma untuk membina sebuah
bangunan sekolah.
Pada tahun 1934, sebuah bangunan
sekolah dan sebuah rumah kediaman guru telah siap dibina dan sekolah ini
dinamakan sekolah Tung Kwong. Dalam
bahasa Cina, ‘TUNG’ maksudnya Timur dan ‘KWONG’ maksudnya cahaya. Jadi diharapkan sekolah Tung Kwong akan
membawa cahaya iaitu ilmu kepada orang Timur iaitu orang Cina yang menetap di
Sg. Padi.
Semasa
pendudukan Jepun, disebabkan oleh kekurangan bekalan buku-buku Teks, kelas
diberhentikan sementara. Selepas
pendudukan Jepun, kelas dimulakan semula pada tahun 1945. kemudian, beberapa masalah timbul seperti
kesempitan longkang dan jelana bertakung menyusahkan perjalanan para
pelajar. Papan bangunan Gereja pun
dimakan anai-anai. Oleh kerana
kekurangan tabung untuk membina semula bangunan Gereja, Gereja itu pun terbiar.
Pada tahun 1947, Penghulu Sg. Padi,
Encik Sia Muk Liong menderma sekeping tanah yang berukuran seekar, 3 kilometer
dari jalan Tg. Genting untuk membina sebuah Gereja Methodist. Dengan ini, sekolah Tung Kwong pun
dipindahkan di dalam Gereja itu.
Kemudian sebuah bangunan sekolah dibina dengan bahan sekolah lama. Pada tahun 1960an sebuah bangunan baru dan
sebuah dapur dibina.